Makanan di universiti mahal?

Kehidupan seorang mahasiswa sememangnya sibuk dan penat, tetapi jangan sampai terlupa untuk mengisi perut. :slight_smile: Pengambilan makanan pada waktu yang tepat dapat mengawal emosi di dalam badan kita setelah penat belajar.

Ramai yang bertanya berapa average harga makanan di UUM, sejujurnya harga makanan di UUM adalah sangat berpatutan dan murah. Saya yakin rata rata universiti di Malaysia juga mempunyai cafeteria yang menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan untuk menyenangkan pelajar pelajar. Average harga makanan sehari di UUM adalah RM8.00 ke RM12.00 termasuk minuman. Jika pelajar ingin berjimat, bawa air sendiri untuk mengelakan pembaziran. Pemilihan makanan yang betul bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi dapat membantu pelajar menyimpan duit lebihan untuk tujuan menabung.


contohnya harga sepinggan makanan tengahari seperti gambar di atas berharga RM4.00. Jadi ianya merupkan pilihan pelajar untuk menentukan harga makanan untuk sehari. Jika pelajar ingin berjimat tetapi mengenyangkan, pilihla makanan dengan berjimat cermat.