Asasi atau matrikulasi?

giphy

Mungkin sesetengah pelajar keliru untuk membuat keputusan samaada asasi ataupun matrikulasi. Asasi adalah program kursus asas yang ditawarkan oleh universiti-universiti tertentu serperti UITM, UM, UIA, UUM dan banyak lagi. Manakala, matrikulasi merupakan program asas yang ditawarkan oleh KPT dan mempunyai kampus di seluruh Malaysia.

Secara kasarnya, sukatan pelajaran antara matrikulasi dan asasi adalah sama iaitu persediaan untuk menlanjutkan pelajaran ke alam ijazah sarjana muda. Tetapi sesetengah universiti yang menawarkan program asasi mengunakan sukatan pelajaran tersendiri mengikut kepada program yang ditawarkan. Contohnya Asasi kejuruteraan UM, Asasi Pengurusan UUM, Asasi Farmasi UIA dan banyak lagi. Selain itu, tempoh masa untuk asasi dan matrikulasi adalah sama iaitu selama setahun.

Antara perbezaan antara asasi dan matrikulasi adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran diberi keutamaan untuk masuk ke universiti tersebut dan mengambil kursus yang diingini. Tetapi, Pelajar Matrikulasi yang cemerlang akan mempunyai peluang untuk melanjutkan ijazah di hampir semua universiti yang tersenarai dalam UPU.Seterusnya, pelajar asasi lebih terdedah dengan suasana dan persekitaran universiti lebih awal berbanding pelajar matrikulasi.

Pilihan terletak di tangan masing-masing samada ingin memilih asasi ataupun matrikulasi. Semoga Berjaya !